Sebut Harga Perolehan Pembaharuan Warranty Support Load Balancer untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 210103 & 210107 untuk Sebut Harga Perolehan Pembaharuan Warranty Support Load Balancer untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Bagi
Tempoh Tiga (3) Tahun dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Sebut Harga berikut:-
- No. Dokumen: PTPTN/2024/SH54
- Tarikh Buka Sebut Harga: 16 Ogos 2024 (Jumaat)
- Tarikh Tutup Sebut Harga: 02 September 2024 (Isnin) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari
2. Penyebut Harga perlu mengemukakan maklumat yang dinyatakan di bawah kepada e-mel utsh@ptptn.gov.my bagi mendapatkan mendapatkan dokumen Sebut Harga:
a) Nama syarikat;
b) Alamat syarikat;
c) Nama wakil syarikat;
d) Alamat e-mel syarikat;
e) Nombor telefon;
f) Salinan Pendaftaran Kod Bidang Kementerian Kewangan;
g) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat;
h) Salinan Kad Pengenalan Diri Penama; dan
i) Salinan Sijil Bumiputera (jika ada).
3. Penyebut Harga adalah tidak dibenarkan mengemukakan dokumen Sebut Harga secara dalam talian. Penyebut Harga digalakkan/ dikehendaki membuat penghantaran dokumen Sebut Harga yang lengkap melalui pos berdaftar/kurier/ serahan tangan ke alamat berikut:
Jabatan Perolehan,
Tingkat 13A,
Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II,
No.12 Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
4. Penyebut Harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Maklumat lanjut, sila layari Kenyataan Am Sebut Harga SH54.