Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Jenis Gegelung Hos Serta Kerja Berkaitan di SK Seri Kelana, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Kerja-Kerja Pembaikan dan Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Jenis Gegelung Hos Serta Kerja Berkaitan di SK Seri Kelana, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Posting Date: 23/08/2024
Closing Date: 03/09/2024
Website: Website

1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/ CIDB) dalam Gred G1 Kategori ME Dan Pengkhususan M02 serta mempunyai Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

2. Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor yang sah sahaja. Bagi maksud ini Kontraktor-kontraktor hendaklah membawa Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Serta Sijil Taraf Bumiputera dan Satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga serta Surat Wakil kuasa sekiranya dibeli oleh wakil syarikat.

3.  Bagi Kontraktor yang tidak mempunyai pengkhususan, Kontraktor TIDAK DIBENARKAN memohon kebenaran khas daripada CIDB untuk pengkhususan  bidang kerja yang ditetapkan.

4. Borang Sebutharga boleh didapati dari tarikh 27/08/2024  hingga  03/09/2024 di pejabat  JKR CAW. KEJ. MEKANIKAL  dengan menyertakan wang kiriman / bank draf berharga RM  10.00  yang dibuat di atas nama Bendahari Negeri Selangor.

5. Borang Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke  dalam Peti Sebutharga di Pejabat. JKR CAW. KEJ. MEKANIKAL  tidak lewat dari Jam 12.00 tengahari, hari SELASA bertarikh  03/09/2024

Maklumat lanjut, sila layari Sebut Harga oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.

Share this information:

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.