Sistem Penyaman Udara Jenis Berasingan Serta Kerja Berkaitan Bagi Kerja-Kerja Naiktaraf di Makmal dan Bengkel Politeknik Shah Alam

1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/ CIDB) dalam Gred G1 Kategori ME Dan Pengkhususan M01 serta mempunyai Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
2. Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor yang sah sahaja. Bagi maksud ini Kontraktor-kontraktor hendaklah membawa Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Serta Sijil Taraf Bumiputera dan Satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga serta Surat Wakil kuasa sekiranya dibeli oleh wakil syarikat.
3. Lawatan Tapak adalah digalakkan pada tarikh 28/08/2024 (Rabu) jam 10.00 Pagi bertempat di MAKMAL ADMC (MAKMAL KEJURUTERAAN MEKANIKAL) POLITEKNIK SHAH ALAM.
4. Bagi Kontraktor yang tidak mempunyai pengkhususan, Kontraktor TIDAK DIBENARKAN memohon kebenaran khas daripada CIDB untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan.
5. Borang Sebutharga boleh didapati dari tarikh 28/08/2024 hingga 04/09/2024 di pejabat JKR CAW. KEJ. MEKANIKAL dengan menyertakan wang kiriman / bank draf berharga RM 10.00 yang dibuat di atas nama Bendahari Negeri Selangor.
6. Borang Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat. JKR CAW. KEJ. MEKANIKAL tidak lewat dari Jam 12.00 tengahari, hari RABU bertarikh 04/09/2024
Maklumat lanjut, sila layari Sebut Harga oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor.