Cadangan Membangunkan Kemudahan (Outdoor Dan Indoor) Mesra Autisme (PRISMA) di Taman Tasik Cyberjaya Untuk Majlis Perbandaran Sepang Bagi Tahun 2024

Cadangan Membangunkan Kemudahan (Outdoor Dan Indoor) Mesra Autisme (PRISMA) di Taman Tasik Cyberjaya Untuk Majlis Perbandaran Sepang Bagi Tahun 2024
Posting Date: 21/08/2024
Closing Date: 19/09/2024
Website: Website

1. Dokumen tender boleh dibeli secara atas talian melalui laman web http://tender.selangor.gov.my dan dokumen tender boleh dibeli di kaunter pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 28 Ogos 2024 hingga 19 September 2024 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan).

Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor yang membawa sijil asal dan surat wakil (sekiranya bukan penama di dalam lesen) semasa pembelian dokumen tender. Dokumen yang perlu di bawa adalah Surat Lantikan Wakil, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Sijil Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).

Bayaran dibuat secara atas talian melalui FPX, Kredit Kad dan Debit Kad atau secara Tunai, Wang Pos atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’

2. Kontraktor-kontraktor (HANYA PENAMA DI DALAM LESEN DENGAN MEMBAWA SIJIL ASAL) adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pengawai Penguasa atau wakilnya. Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri ditempat, tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh                              : 28 Ogos 2024

Masa Pendaftaran        : 10.00 – 10.30 Pagi

Masa Taklimat               : 10.30 Pagi

Tempat berkumpul       : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor

Nota                                 :Kegagalan kontraktor hadir pada waktu pendaftaran yang ditetapkan boleh menyebabkan kontraktor tidak boleh hadir taklimat, seterusnya tidak boleh membeli dokumen tender ini.

3. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras 2, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 Tengahari pada 19 September 2024. 

Tempoh sah tender yang dihantar kemudian daripada ini adalah sah selama 120 hari daripada tarikh iklan tender ini. Segala pertanyaan dan kemusykilan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Landskap (03-88005271 ext 4027), Majlis Perbandaran Sepang, Persiaran Semarak Api, 63200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

4. Kontraktor-kontraktor yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4 bulan) dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap tawaran tidak berjaya. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Maklumat lanjut, sila layari Tender Majlis Perbandaran Sepang.

Share this information:

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.