Cadangan Untuk Melantik Perkhidmatan Perunding Bagi Melaksanakan Kajian Prestasi Agensi Perakuan Pembetungan Termasuk Peranan Dalam Pengendalian Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) Secara Tender Terbuka

Tawaran Tender ini adalah bertujuan untuk mempelawa syarikat-syarikat perunding yang berkelayakan dan berpengalaman untuk Melaksanakan Kajian Prestasi Agensi Perakuan Pembetungan Termasuk Peranan Dalam Pengendalian Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) untuk Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
No. Tender: SPAN/BPK/PROC/BOW/24(1)
Tarikh Iklan: 2 September 2024
Tarikh Tutup: 23 September 2024, 12 Tengahari
Taklimat Tender
Tarikh: 02 September 2024 (Isnin)
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Bilik Wilayah Persekutuan, Aras 1, Prima Avenue 7, Blok 3510 Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya
Syarikat-syarikat perunding yang berminat untuk menyertai tender ini adalah WAJIB berdaftar dengan:
i) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebagai firma perunding dengan mempunyai sekurang-kuranganya satu atau kesemua kod-kod bidang seperti berikut:
- 33010 (Kejuruteraan Awam),
- 34101 (Kajian Organisasi),
- 340102 (Kajian Penswastaan dan Pengkomersilan),
- 340103 (Kajian Ekonomi),
- 34106 (Kajian Sumber Manusia),
- 340401 (Kajian Kewangan),
- 340403 (Penilaian Harta/Hartanah),
- 340901 (Kajian Perundangan).
ii) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
iii) Berdaftar dengan SPAN di “e-Pembekal” sebagai pembekal SPAN.
Pendaftaran pembekal SPAN boleh dilakukan di laman web SPAN di capaian https://apps.span.gov.my/pembekal/login bagi memenuhi syarat untuk menyertai tender ini. Kegagalan untuk berbuat demikian, membolehkan tawaran tender tersebut tidak akan dipertimbangkan dan boleh ditolak.
Maklumat lanjut, sila layari Tender & Sebutharga Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.