Kerja-Kerja Pembangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat di Sebahagian PT 12072, Seluas 1.2 Ekar, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk Perbadanan Putrajaya

Kerja-Kerja Pembangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat di Sebahagian PT 12072, Seluas 1.2 Ekar, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk Perbadanan Putrajaya
Posting Date: 23/08/2024
Closing Date: 24/09/2024
Website: Website

1. Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor/Syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dan mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini, serta keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas.

2. Tender serta kelayakan asas Kontraktor/Syarikat adalah seperti berikut:

  • TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK: 28 Ogos 2024 (Rabu) 3.00 petang
  • TAKLIMAT: Panggung Mawar Sari, Aras 3, Bangunan Annexe 2, Kompleks Perbadanan
    Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • LAWATAN TAPAK: Tapak Parkir Awam Kompleks Perbadanan Putrajaya, (PPj-A)
    PT 12072 (DIWAJIBKAN)
  • TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL: 28 Ogos 2024 (Rabu) sehingga 9 September 2024 (Selasa) di Kaunter Perolehan, Aras 3, Bangunan Annexe, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • TARIKH, WAKTU & TEMPAT TUTUP TENDER: 24 September 2024 (Selasa) 12.00 tengah hari Kaunter Perolehan, Aras 3, Bangunan Annexe, Kompleks Perbadanan Putrajaya,
    24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya

3. Kontraktor/Syarikat hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran Dokumen Tender tidak akan dikembalikan.

Maklumat lanjut, sila layari Kenyataan Tender Perbadanan Putrajaya.

Share this information:

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.