Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Sokongan bagi Perkakasan dan Perisian SPARKCORE FIRECLOUD Selama Tiga (3) Tahun di Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

1. Tawaran adalah dipelawa kepada petender yang masih dibenarkan membuat tawaran masa ini dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, berdaftar sebagai Kontraktor Negeri Selangor melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) serta mempunyai kemampuan dari segi kewangan, kepakaran dan berpengalaman dalam melaksanakan bidang-bidang yang dicadangkan seperti berikut :
a) Kelayakan Kontraktor (Kod Bidang) : 210102, 210103, 210105.
2. Tawaran hendaklah dibuat mengikut format borang yang telah ditetapkan.
3. Tarikh tutup tender adalah pada 11 September 2024 (Rabu), jam 12.00 tengah hari.
4. Borang tawaran yang telah diisi dengan lengkapnya hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat atau diikat kemas dan ditandai pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat dengan Kod Tender : T/SUKSEL/06-2024 dan dimasukkan ke dalam peti tender di alamat seperti berikut :
Peti Tender Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 18, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
5. Petender dimestikan mengisi borang-borang yang terdapat di dalam Dokumen Tender ini dan melampirkan perkara-perkara yang dinyatakan dengan sempurna. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan.
6. Kerajaan Negeri Selangor tidak semestinya menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.
7. Sila sediakan separator bagi setiap dokumen lampiran.
Maklumat lanjut, sila layari Tender oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.