Perkhidmatan Penyelenggaraan Pangkalan Data Oracle untuk Perbadanan Putrajaya bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

1. Tender adalah dipelawa kepada Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF) di bawah kod bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini, serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas.
Kontraktor/Syarikat yang berminat untuk menyertai tender ini boleh layari laman https://perolehan.ppj.gov.my/dcoins/landingpage bagi tujuan pendaftaran kontraktor/syarikat.
2. Maklumat Tender serta kelayakan asas Kontraktor/Syarikat adalah seperti berikut:
- TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT /LAWATAN TAPAK: 27 Ogos 2024 (Selasa) 03:30 petang di Bilik Mesyuarat Cemara, Aras C5, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya (DIWAJIBKAN)
- TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL: 30 Ogos 2024 (Jumaat) sehingga 12 September 2024 (Khamis)
- TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER TUTUP: 26 September 2024 (Khamis) 12:00 tengah hari Kaunter Perolehan Perbadanan Putrajaya, Aras 3, Bangunan Annexe,Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Putrajaya.
Maklumat Tender serta kelayakan asas Kontraktor/Syarikat adalah seperti berikut:-
- Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan bernilai sekurang-kurangnya RM 500,000.00 bagi (1) kontrak dalam tempoh 5 Tahun terdahulu.
Maklumat lanjut, sila layari Kenyataan Tender Perbadanan Putrajaya.