Perkhidmatan Penyelenggaraan Secara Komprehensif Bagi Peralatan Sistem Penghawa Dingin Dan Pengudaraan Mekanikal Serta Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Selama Dua (2) Tahun Di Perbadanan Stadium Malaysia


Tender adalah dipelawa kepada syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian
Kewangan dalam bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan menyertai tender pada masa ini
seperti berikut:
Rujukan: PSM/BKEW/T/2024/3
Tarikh Iklan Tender: 29 Ogos 2024 (Khamis)
Tarikh Taklimat dan Lawatan Tapak: 5 September 2024 (Khamis), Jam 10.00 pagi
Lokasi Taklimat dan Lawatan Tapak: Bilik Auditorium, Aras 2 Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports
City.
Tarikh Tender Ditutup: 25 September 2024 (Rabu) Jam 12.00 Tengah Hari
Dokumen Meja Tender boleh disemak di Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Aras 1, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada 29 Ogos 2024 (Khamis).
Petender adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak yang akan diadakan seperti tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan. Untuk maksud ini, hanya penama di dalam Sijil Kementerian Kewangan (MOF) sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak berkenaan. Wakil tidak dibenarkan. Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal dan Salinan hendaklah dibawa semasa sesi taklimat dan lawatan tapak berserta cop syarikat.
Perbadanan juga tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau manamana tawaran atau memberikan apa-apa sebab diatas penolakan sesuatu tawaran tender.
Perbadanan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang
berasingan atau bersekali.
Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan
urusan tender ini.
Petender yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut:-
Spesifikasi
Encik Mohd Fairus Abadi bin Midin (fairus@stadium.gov.my) 012-2575738
Dokumentasi
Puan Yusyahira Azni Bt Che Mohd Azmi (yusyahira@stadium.gov.my) 03-89920834
Maklumat lanjut, layari Kenyataan Tender Perbadanan Stadium Merdeka.