Sebut Harga Perolehan Perkhidmatan Pembaharuan Langganan Online Marketing Tools untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Sebut Harga Perolehan Perkhidmatan Pembaharuan Langganan Online Marketing Tools untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Posting Date: 21/08/2024
Closing Date: 04/09/2024
Website: Website

1. Tawaran adalah dipelawa di kalangan syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 222001 dan 222009 untuk Sebut Harga Perolehan Perkhidmatan Pembaharuan Langganan Online Marketing Tools untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Sebut Harga berikut:-

  • No dokumen: PTPTN/2024/SH56
  • Tarikh buka sebutharga: 21 Ogos 2024 (Rabu)
  • Tarikh tutup sebutharga: 04 September 2024 (Rabu) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari

2. Penyebut Harga boleh mendapatkan dokumen dalam talian sahaja bermula 21 Ogos 2024 sehingga 03 September 2024 pada waktu pejabat dan 04 September 2024 dari jam 09.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

3. Penyebut Harga perlu mengemukakan maklumat yang dinyatakan di bawah kepada e-mel utsh@ptptn.gov.my bagi mendapatkan dokumen Sebut Harga:
a) Nama syarikat;
b) Alamat syarikat;
c) Nama wakil syarikat;
d) Alamat e-mel syarikat;
e) Nombor telefon;
f) Salinan Pendaftaran Kod Bidang Kementerian Kewangan;
g) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat;
h) Salinan Kad Pengenalan Diri Penama; dan
i) Salinan Sijil Bumiputera (jika ada).

Penyebut Harga adalah tidak dibenarkan mengemukakan dokumen Sebut Harga secara dalam talian. Penyebut Harga digalakkan/dikehendaki membuat penghantaran dokumen Sebut Harga yang lengkap melalui pos berdaftar/ kurier/ serahan tangan ke alamat berikut:

Jabatan Perolehan,
Tingkat 13A,
Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II,
No.12 Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut sila layari Kenyataan Am Sebut Harga SH56

Share this information:

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.