Sebut Harga Perolehan Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan serta Disinfeksi Ruang Pejabat untuk Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Pahang dan Cawangan

1. Tawaran adalah dipelawa di kalangan syarikat-syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang 221001 untuk Sebut Harga Perolehan Perkhidmatan Pencucian dan Pembersihan serta Disinfeksi Ruang Pejabat untuk Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Pahang dan Cawangan dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini untuk Sebut Harga berikut:-
No. Dokumen: PTPTN/2024/SH55
Tarikh Buka Sebut Harga: 19 Ogos 2024 (Isnin)
Tarikh Tutup Sebut Harga: 2 September 2024 (Isnin) selewat-lewatnya pada jam12.00 tengah hari
Penyebut Harga boleh mendapatkan dokumen dalam talian sahaja bermula 19 Ogos 2024 sehingga 30 Ogos 2024 pada waktu pejabat dan 2 September 2024 dari jam 09.00 pagi sehingga 10.00 pagi.
2. Penyebut Harga perlu mengemukakan maklumat yang dinyatakan di bawah kepada e-mel utsh@ptptn.gov.my bagi mendapatkan dokumen Sebut Harga:
a) Nama syarikat;
b) Alamat syarikat;
c) Nama wakil syarikat;
d) Alamat e-mel syarikat;
e) Nombor telefon;
f) Salinan Pendaftaran Kod Bidang Kementerian Kewangan;
g) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat;
h) Salinan Kad Pengenalan Diri Penama; dan
i) Salinan Sijil Bumiputera (jika ada).
3. Penyebut Harga adalah tidak dibenarkan mengemukakan dokumen Sebut Harga secara dalam talian. Penyebut Harga digalakkan/dikehendaki membuat penghantaran dokumen Sebut Harga yang lengkap melalui pos berdaftar/ kurier/ serahan tangan ke alamat berikut:
Jabatan Perolehan,
Tingkat 13A,
Menara PTPTN, Blok D,
Megan Avenue II,
No.12 Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
4. Penyebut Harga hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup Sebut Harga selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.
Maklumat lanjut, sila layari Kenyataan Am Sebut Harga SH55.