Sistem Peralatan Dapur untuk Kerja-Kerja Naiktaraf Bangunan Dapur Banduan di Pusat Koreksional Puncak Alam

Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
1. Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/ CIDB) dalam Gred G1, G2, G3, G4, G5, G6 ATAU G7 Kategori ME Dan Pengkhususan M07 serta mempunyai Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).
2. Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor yang sah sahaja. Bagi maksud ini Kontraktor-kontraktor hendaklah membawa Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Serta Sijil Taraf Bumiputera dan Satu salinan bagi setiap sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga serta Surat Wakil kuasa sekiranya dibeli oleh wakil syarikat.
3. Borang Sebutharga boleh didapati dari tarikh 22/08/2024 hingga 29/08/2024 di pejabat JKR CAW. KEJ. MEKANIKAL dengan menyertakan wang kiriman / bank draf berharga RM 10.00 yang dibuat di atas nama Bendahari Negeri Selangor.
4. Borang Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Pejabat. JKR CAW. KEJ. MEKANIKAL tidak lewat dari Jam 12.00 tengahari, hari KHAMIS bertarikh 29/08/2024
WAKTU URUS NIAGA SEBUTHARGA:
ISNIN – KHAMIS :
9.00 PG – 12.00 TGAH HARI
2.00 PTG – 4.00 PTG
JUMAAT
9.00 PG – 11.45 PG
Tiada penjualan pada waktu petang
SABTU/AHAD/CUTI UMUM : Tiada penjualan
Untuk maklumat lanjut, layari Sebut Harga oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor